Annur Homestay @ Serdang
Rumah tumpangan yang selesa bagi pengunjung yang ingin menginap di kawasan Serdang, Selangor.
Sunday, 22 February 2015
Tempat Menarik
Tempat Menarik di Sekitar Homestay Kami
- Pusat Bandar
Pusat Bandar Serdang mempunyai kemudahan yang lengkap. Kedai makan yang banyak termasuk KFC, MacDonalds serta kedai Mamak Bistro ada di sini. Gerai-gerai masakan Melayu juga terdapat di hadapan Balai Polis. Bagi yang menggemari Ayam Kampung bolehlah ke Taman Sri Serdang Fasa Satu untuk menikmati juadah lauk Ayam Goreng Kampung yang lazat.
- Putrajaya
Masjid Putra, Dataran Putra, Masjid Besi, Taman Wetland, Alamanda Shopping Mall, PICC (pemandangan indah), Kompleks Marina (swimming pool dan pusat aktiviti air, pantai buatan), Taman Warisan Pertanian, Water Cruise
- Mines Shopping and Convention Centre
Antara pusat membeli-belah terbesar di Malaysia. Lokasi utama Big Bad Wolf Bookfair yang menawarkan buku pada harga terendah. Juga sering menjadi lokasi event lain yang menarik.
- Universiti Putra Malaysia
Dulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia, kini university ini menawarkan pelbagai bidang untuk pengajian peringkat ijazah dan pasca-ijazah. Masjid UPM terletak betul-betul bersebelahan Taman Sri Serdang dan merupakan masjid yang popular di kalangan penceramah antarabangsa.
- MARDI
Pusat pertanian yang tidak asing lagi. Menjadi tempat rujukan bagi aktiviti pertanian di Malaysia. Boleh membeli benih dan anak pokok di sini.
- Universiti Tenaga Nasional
Pusat pengajian swasta yang menawarkan pengajian dalam kejuruteraan dan yang berkaitan. Masjid UNITEN tersergam indah di luar kampus dan menjadi tempat solat Jumaat bagi kawasan di sekitarnya.
- Universiti Kebangsaan Malaysia
Terletak berdekatan dengan exit tol PLUS Bangi, universiti ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktif dengan pelbagai kegiatan ilmu.
- Bandar Baru Bangi
Bandar ini berkembang pesat dengan terdirinya pelbagai pusat pengajian ilmu di sekitarnya seperti UKM, OUM, ILIM dan banyak lagi. Antara lokasi yang menarik di sini ialah Bangi Gateway, pusat membeli belah outdoor yang menarik, Masjid Al-Hasanah yang terkenal dengan kuliah agamanya serta Ana Ikan Bakar Petai, tempat makan yang murah, sedap dan cepat.
- Hospital Serdang
Hospital besar yang mempunyai kelengkapan perubatan yang serba lengkap. Pusat rujuk pakar jantung terbaik antara hospital seluruh Malaysia selepas IJN.
Annur Homestay Taman Sri Serdang
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلامت داتغ كهومستي النور
Homestay kami merupakan sebuah rumah teres satu tingkat, dengan dua bilik tidur, dua bilik air, dapur, Aircond, dan wifi.
Ia terletak di lokasi strategik dengan jarak perjalanan ke tempat-tempat seperti berikut:
• 5 Minit ke Universiti Putra Malaysia (UPM)
• 5 Minit ke Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM)
• 10 Minit ke Pusat Membeli belah The Mines
• 6 km ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
• 6 km ke Hospital Serdang
• 12 km ke Kompleks Kerajaan Putrajaya
• Berhampiran Pusat perniagaan seperti Pasaraya, Restoran, Bank, Pasar, dan lain-lain.
• Berhampiran Lebuhraya Utara Selatan-exit UPM, Persekutuan, Lebuhraya Elite (Utara-Selatan)
• Terdapat Pasar Malam pada hujung minggu berhampiran
Kadar Sewaan:
rm180/malam
• 5 Minit ke Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM)
• 10 Minit ke Pusat Membeli belah The Mines
• 6 km ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
• 6 km ke Hospital Serdang
• 12 km ke Kompleks Kerajaan Putrajaya
• Berhampiran Pusat perniagaan seperti Pasaraya, Restoran, Bank, Pasar, dan lain-lain.
• Berhampiran Lebuhraya Utara Selatan-exit UPM, Persekutuan, Lebuhraya Elite (Utara-Selatan)
• Terdapat Pasar Malam pada hujung minggu berhampiran
Kadar Sewaan:
rm180/malam
Sebarang pertanyaan hubungi:
En. Aslam: 013-2584568
Alamat:
Jalan 18/52
Taman Sri Serdang
Seri Kembangan, Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)