Tempat Menarik di Sekitar Homestay Kami
- Pusat Bandar
Pusat Bandar Serdang mempunyai kemudahan yang lengkap. Kedai makan yang banyak termasuk KFC, MacDonalds serta kedai Mamak Bistro ada di sini. Gerai-gerai masakan Melayu juga terdapat di hadapan Balai Polis. Bagi yang menggemari Ayam Kampung bolehlah ke Taman Sri Serdang Fasa Satu untuk menikmati juadah lauk Ayam Goreng Kampung yang lazat.
- Putrajaya
Masjid Putra, Dataran Putra, Masjid Besi, Taman Wetland, Alamanda Shopping Mall, PICC (pemandangan indah), Kompleks Marina (swimming pool dan pusat aktiviti air, pantai buatan), Taman Warisan Pertanian, Water Cruise
- Mines Shopping and Convention Centre
Antara pusat membeli-belah terbesar di Malaysia. Lokasi utama Big Bad Wolf Bookfair yang menawarkan buku pada harga terendah. Juga sering menjadi lokasi event lain yang menarik.
- Universiti Putra Malaysia
Dulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia, kini university ini menawarkan pelbagai bidang untuk pengajian peringkat ijazah dan pasca-ijazah. Masjid UPM terletak betul-betul bersebelahan Taman Sri Serdang dan merupakan masjid yang popular di kalangan penceramah antarabangsa.
- MARDI
Pusat pertanian yang tidak asing lagi. Menjadi tempat rujukan bagi aktiviti pertanian di Malaysia. Boleh membeli benih dan anak pokok di sini.
- Universiti Tenaga Nasional
Pusat pengajian swasta yang menawarkan pengajian dalam kejuruteraan dan yang berkaitan. Masjid UNITEN tersergam indah di luar kampus dan menjadi tempat solat Jumaat bagi kawasan di sekitarnya.
- Universiti Kebangsaan Malaysia
Terletak berdekatan dengan exit tol PLUS Bangi, universiti ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktif dengan pelbagai kegiatan ilmu.
- Bandar Baru Bangi
Bandar ini berkembang pesat dengan terdirinya pelbagai pusat pengajian ilmu di sekitarnya seperti UKM, OUM, ILIM dan banyak lagi. Antara lokasi yang menarik di sini ialah Bangi Gateway, pusat membeli belah outdoor yang menarik, Masjid Al-Hasanah yang terkenal dengan kuliah agamanya serta Ana Ikan Bakar Petai, tempat makan yang murah, sedap dan cepat.
- Hospital Serdang
Hospital besar yang mempunyai kelengkapan perubatan yang serba lengkap. Pusat rujuk pakar jantung terbaik antara hospital seluruh Malaysia selepas IJN.
Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
ReplyDelete-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392
Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM
Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388
Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385
Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389
Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387
Taman Konservatori UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381
Pusat Ekuin UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386